Baru-baru ini sibuk tentang cakap-cakap tentang Muzakarah antara UMNO dan PAS malah sampai menjadi perbualan hangat di Muktamar PAS. Husam Musa yang sememangnya membantah Muzakarah UMNO-PAS dan lebih cenderung kepada Muzakarah dengan Khalifah Umar Abdul Aziz telah kecundang di tangan Nasharuddin Mat Isa. Bagi saya baguslah kalau ada Muzakarah antara UMNO dan PAS dua parti terbesar di Malaysia, lagipun Muzakarah tidak bererti bergabung atau ke tahap kerjasama. Muzakarah bererti perbincangan, sebab itulah parti-parti komponen BN tidak begitu goyah akan tetapi geli hati pula melihat gelagat pemimpin PKR yang gelisah tak tentu arah.
Tapi satu perkara sahaja yang saya ingin tekankan di sini ialah,
memang bagus kita bermuzakarah dengan PAS akan tetapi bukankah baik juga sekiranya kita bermuzakarah antara kita. Terus terang saya katakan masih terdapat kesan perpecahan di antara Pemuda UMNO sendiri. Saya tidak nampak pada sayap lain tapi Pemuda UMNO memang agak ketara.
Setelah tamat pertandingan tiga penjuru Pemuda nampaknya masih berpecah belah mengikut kem masing-masing. Pergaduhan sesama sendiri masih belum lenyap dan saya lihat ralat pihak tertentu untuk menyokong atau menghadiri aktiviti pemuda tertentu kerana ianya dianjurkan oleh Setiakawan, Pemuda Berani atau Berani Berubah.
Sebenarnya Pemuda UMNO mempunyai para pemimpin yang bukan calang-calang orang. Lihatlah calon yang bertanding ketua Pemuda Tempoh hari semuanya merupakan pemimpin yang masing-masing mempunyai kelebihan tersendiri.
Mukhriz Mahathir adalah seorang pemimpin yang agak popular di kalangan pemuda (mendapat pencalonan tertinggi) dan dilihat sebagai seorang Pemimpin yang mesra dengan akar umbi. Dr Khir Toyo pula merupakan seorang pejuang yang tegus dalam mempertahankan prinsip dan pejuangan UMNO dan berjaya mendapat semula sokongan dari banyak pihak di Selangor.Khairy Jamaluddin pula adalah seorang pemimpin yang bukan calang-calang yang mana dia berjaya menundukan ayam tambatan PAS, Husam Musa di Kota Bahru, di hadapan ribuan penyokong kuat Husam Sendiri dalam Forum Anjuran Husam Musa dan tajuk dipilih oleh Husam juga. Dengan hujah-hujah dan kepakaran debat KJ berjaya memalukan Husam di kubu kuatnya sendiri.
Jadi kalau kita dapat mengembeling tenaga ketiga-tiga pemimpin ini bukankah ianya akan membuatkan Pemuda lebih kuat dan bersatu.
Kami di Gombak telah mencalonkan Mukhriz Mahathir untuk ketua Pemuda UMNO, Mukhriz menang tipis berbanding Khir Toyo. Akan tetapi kami berpegang kepada prinsip Parti dahulu sebelum individu. Sebab itu apabila Khairy Jamaluddin turun ke UIA Gombak Pemuda turut serta memberi sokongan. Tak kisahlah siapa yang kami mengundi dahulu, yang penting sekarang KJ adalah ketua Pemuda dan kami sebagai pemuda akan berkerja dengan ketua yang telah dipilih oleh perwakilan. Parti dan perjuangan didahulukan.
Lagipun dapat kita lihat dalam UMNO yang menang tak menang semua, yang kalah tak kalah semua. Saya rasa bahagian ini tidak perlulah saya terangkan dengan lebih lanjut.
Bagi saya isu persaingan sudah tidak lagi timbul. Ini kerana Mukhriz dan Khir Toyo sudah melangkaui umur pemuda untuk pemilihan akan datang, jadi tidak wujud isu pertandingan antara mereka bertiga.
Pemimpin perlu berhati besar, itu yang utama. Mesti berani hadapi kritikan dan merapatkan kembali barisan. Janganlah kita hanya selesa di kalangan penyokong, pemimpin perlu berani menghadapi bertemu dengan akar umbi dan ahli parti.
Maka atas sebab yang dinyatakan diatas saya mencadangkan agar kita mengadakan Muzakarah atau Kongress antara Pemuda UMNO yang melibatkan 3 pemimpin yang telah disebutkan tadi. Kongress atau Muzakarah yang akan merapatkan kembali barisan Pemuda kita. Biar kita berbincang, meluahkan pendapat, pandangan dan berdebat sesama kita. Sudah tiba masa Pemuda perlu Berani, Berubah dan mengembling semangat Setiakawan.
Saya cadangkan kita menjemput ketiga-tiga pemimpin diatas dan masing-masing boleh memberi pidato berasingan di atas satu platform yang sama. Setiap pemimpin boleh memilih tajuk yang mereka rasakan sesuai dan dapat membantu dalam memperkukuhkan parti.
Dengan ini kita mengelakkan dari perdebatan yang berpecah dan menumpukan kepada apa yang dapat sama-sama kita kongsi bersama. Setiap pemimpin boleh menyumbang kepada parti.
Saya yakin kawan-kawan dari Gombak akan berbesar hati untuk menjadi tuan rumah untuk kongress ini sebagai satu tempat yang mana Pemuda boleh kembali muzakarah dan mencari kata sepakat. Janganlah ralat untuk menerima pemimpin tertentu kerana kesetiaan kita terhadap individu lain. Yang menang bukan menang semua yang kalah bukan kalah semua. Kita sudah tiada masa untuk bergaduh dengan sesama sendiri lagi.
Bukankah dalam lagu UMNO ada dikatakan
Bersatu kita bersatu,
dengan setia berganding bahu,
jiwa teguh berpadu,
kita rumpun melayu,
bersama kita bersama,
mendukung hasrat SEMUA,
Berjasa pada bangsa, agama dan negara.
Oleh itu saya lontarkan pendapat peribadi ini kepada rakan-rakan di luar sana dan meminta maklum balas dari anda semua. Kita boleh berbincang mengenai format Kongress dan bagaimana hendak mengendalikan dan sebagainya. Sekiranya ada di antara rakan-rakan yang boleh menghubungi Pemimpin-pemimpin tertentu lagi bagus sekiranya buah fikiran Muzakarah ini boleh dicadangkan kepada mereka.
Saya fikir yang sudah itu sudahlah.
Perjuangan dan Parti mesti diutamakan.
Anggaplah perasaan dan sentimen peribadi sebagai satu pengorbanan untuk Parti kerana ada lagi perkara yang lebih penting.
Apa Yang Penting?
KERJASAMA!!
Amacam kawan-kawan? Ada berani?
Cakap serupa bikin?
4 years ago
ada berani? ADA!!!
ReplyDeleteBERANI BERUBAH!!
muahahaha. nice suggestion. agenda ni kena bawak kat meeting nih. jom.
caya BRO ...
ReplyDeleteaku sokong ... ada keberanian ...
apa2 pun igt moto ni :-
"tanpa keberanian ... mimpi takkan menjadi nyata"