Monday, June 1, 2009

Sinatra_Z - Ketuanan Rakyat?

Banyak didengari burung-burung berkicauan mengenai Perak,
beberapa pihak marah dan lantang mengatakan berikan kuasa memilih kepada rakyat.

Ketuanan Rakyat. Kembalikan hak Rakyat. Mereka mahu memilih Menteri Besar.

Kebanyakan datang dari penyokong dan pendokong pakatan rakyat.
Dari Menteri Besar yang ditolak DAP pada mulanya (dan dipilih Sultan) ke Tuan Speaker sampailah ke akar umbi penulis blog dan pendebat kedai kopi.

Baguslah mahu memulangkan kuasa kepada rakyat. Tapi ianya membuat saya berfikir.

Ketika,
Parti Keadilan Rakyat menerima lompatan Dato Nasarudin Hashim Adun BOTA.

Rujukan -
http://anwaribrahimblog.com/2009/01/25/adun-bota-dato-nasarudin-hashim-menyertai-pkr/

Mengapa,
para pendita pakatan rakyat, pencanang, pengutus dan penceramah apatah lagi pemimpin langsung tidak menyebut tentang mengembalikan hak memilih kepada rakyat.

Dato Nasarudin Hashim menang atas tiket Barisan Nasional. Tidak seperti Pakatan Rakyat dia bertanding atas lambang dacing dan bukan parti. Bukankah lompatan itu juga menidakkan hak rakyat.

Bukan main bangga bawak ceramah sana sini. Langsung tak sebut nak pilihanraya semula untuk menentukan adakah benar rakyat menyokong lompatan beliau.

Mengata Dulang Paku Serpih,
Mengata Orang dia yang lebih.

Ye, saya menyokong ketuanan rakyat.
Tapi yang saya ada masaalah ialah dengan Ketuanan Pakatan Rakyat.

Itu tak bolehlah.

Tak Gitu?

4 comments:

  1. Rakyat perak memilih Menteri Besar dari golongan @@@,
    Tetapi apakan daya Sultan lebih berkuasa.

    Tak Gitu??

    ReplyDelete