Assalamualaikum dan Salam Muhibbah,
Barisan Nasional telah mengesahkan tidak akan bertanding di Pilihanraya kecil Penanti. Ini diumumkan oleh Pengerusi Barisan Nasional Dato Seri Najib Tun Razak.
(halamak macam Berita di Klasik Nasional pulak)
Seperti biasa laman-lama web pro pakatan rakyat mula memanggil dan mengherdik tindakan ini dengan mengatakan Barisan Nasional takut kalah, pondan, tak berani berdepan rakyat dan macam-macam lagi.
Memang ada antara penyokong BN sendiri terutama di Penanti kecewa dengan tindakan ini.
Mungkin ada yang mempersoalkan mengapa Barisan Nasional seolah-olah menidakkan hak demokrasi rakyat di Penanti.
Tapi sebelum kita buat kesimpulan saya pohon masa sejenak saudara saudari untuk mendengar pendapat dari pihak yang lagi satu. Kalau anda bersetuju tidak mengapalah tetapi berikanlah peluang untuk membaca dan mendengar hujah pihak lagi satu sebelum membuat kesimpulan.
Bukan hendak memaksa untuk bersetuju, tapi cuma minta peluang memberi penjelasan.
Saya ingin bertanya siapakah yang Pondan atau pengecut sebenarnya. Adakah tindakan meletak jawatan tanpa sebab kukuh satu tindakan yang berani dan gagah? Bukankah arahan parti menyuruh Adun meletak jawatan walaupun tiada kes rasuah atau salah laku satu tindakan yang agak pengecut.
Pondan atau tidak seseorang ahli politik itu meletak jawatan dan membuang mandat rakyat yang telah diberikan kerana tidak tahan dengan politik dalaman parti?
Bagi saya itu lagi pondan, pengecut dan tidak menghormati prinsip demokrasi. Bukan senang ya untuk mendapat mandat rakyat. Setelah ribuan janji masa ceramah pilihanraya lepas dan mendapat kepercayaan rakyat kini nak lari dari tanggungjawab saya rasa itu lagi tidak patut.
Pilihanraya Kecil bukanlah satu perkara yang kecil sebenarnya. Ianya bukanlah ibarat Sarkas atau "FunFair" yang boleh dengan mudah dan sesukahati buka tutup di mana dan masa yang kita suka. Pilihanraya Kecil dilakukan apabila wakil mandat rakyat di kawasan tertentu sudah tidak dapat lagi berkhidmat untuk kawasanya kerana sakit, meninggal dunia atau sebab yang tidak dapat dielakkan.
Seolah-olah ada agenda tertentu atau agenda tersembunyi dari seseorang apabila kita melihat bukan main banyak pilihanraya kecil yang seolah-olah DISENGAJAKAN dari pihak tertentu.
Mengadakan Pilihanraya Kecil semata-mata hendak tunjuk hebat dan kuat adalah tindakan yang sangat menghinakan proses demokrasi.
Apatah lagi kita dalam keadaan yang tidak menentu dengan cabaran ekonomi masa kini. Memang pilihanraya kecil namanya kecil tapi kosnya adalah tidak kecil.
Masihkah kita ingat tak berapa lama dahulu berapa banyak wang, masa dan tenaga dilaburkan oleh BN dan Pakatan Rakyat di Permatang Pauh (tempat yang sama) kerana Anwar ingin masuk kedalam parlimen.
Bukan sahaja banyak kos dari segi SPR, Polis dan Parti-parti lawan tetapi kos yang lebih besar adalah Kos Tersembunyi.
Yakni ketika pilihanraya kecil dijalankan pastinya Orang-orang kuat dari kedua-dua belah akan turun dan berkempen.
Orang-orang kuat yang turun berkempen dari pihak Barisan Nasional seperti Presiden Umno, Timbalan, naib presiden, Orang kuat MCA dan sebagainya. Mereka ini kebanyakan adalah Menteri. Ini bererti masa dan tenaga berkerja banyak dibazirkan ke dalam satu pilihanraya yang sepatutnya tidak perlu. Menteri-menteri kita sibuk berpolitk dari kerja.
Dan kes ini sama untuk pihak Pakatan Rakyat juga. Yang pasti Menteri Besar Pulau Pinang, Selangor, Kedah dan Kelantan pasti akan turun ke penanti untuk menarik undi. Apatah lagi penanti merupakan kawasan Anwar Ibrahim yang tak lama dulu baru sahaja diadakan pilihanraya.
Malah kebanyakan penceramah hebat Pakatan Rakyat terdiri dari exco-exco negeri. Nampaknya dengan bukan main banyak pilihanraya kecil ini Menteri-menteri, MB dan exco-exco lebih sibuk berpolitik dari berkerja.
Saya ingat perlulah kita kurangkan aktiviti berpolitik yang tidak munasabah.
Lagipun apa guna banyak masa, tenaga dan wang dihabiskan ke pilihanraya kecil yang tidak membawa perubahan. Kalau BN menang sekalipun, bukan tukar Menteri Besar atau kerajaan.
Saya berpendapat tak usahlah kita sibuk mengikut rentak permainan politik berlebihan yang disengajakan oleh individu tertentu hanya kerana hendak mengejar cita-cita yang mementingkan diri.
Jangan lupa bertapa menyusahkanya kempen September 16 dahulu yang akhirnya tin kosong.
Maka baguslah BN tidak mengikut rentak yang songsang untuk melibatkan dalam Pilihanraya Kecil Penanti.
Pastinya akan ada yang akan mengherdik dan memberikan maklum balas yang langsung tidak ada kena mengena dengan penulisan ini. Tidak mengapalah itu hak dan pendapat individu, kalau nak kata BN pondan lah tak berani lah suka hatilah.
Tapi apa kata saya tinggalkan dua rangkap pantun ini buat buah fikiran para pembaca sekelian.
Dulu kata fitnah konspirasi,
Konon BN nak cuba hakis,
rupa-rupanya arahan parti,
Pilihan raya macam buat sarkis.
Orang Malaysia gemar berpantun,
Seni bahasa cukup indah,
kalau susah sangat jaga adun,
Saya nasihat bagi PAS je lah...
Tak gitu?
Cakap serupa bikin?
4 years ago
Kejadian di penanti lebih kurang mcm di Permatang Pauh...
ReplyDeleteBukan kepentingan utk rakyat tetapi utk PEMIMPIN (PKR)
kalau dah gila kuasa tak boleh buat apa laa...