Monday, May 11, 2009

Sinatra_Z - Gentlemen

Seperti yang ramai tahu,
saya sebenarnya ahli Pemuda UMNO Gombak, bagi yang baru tahu, janganlah menjauhkan diri hanya kerana mempunyai pandangan politik yang berbeza. Saya masih boleh duduk semeja dengan rakan-rakan dari bangsa lain selepas aktiviti pemuda saya yakin apatah lagi kita sama-sama rakyat Malaysia.

Memanglah agak sedikit (mungkin lebih sikit lah) kecewa dengan keputusan Mahkamah mengenai Perak tidak dapat dinafikan. Yang pasti Mahkamah telah memutuskan Yang YB Nizar adalah menteri besar Perak yang sah, walaupun BN akan memohon rayuan esok namun buat masa ini yang pasti rakan-rakan BN akan menerima keputusan Mahkamah.

Rakan-rakan dalam BN akan menerima keputusan Mahkamah ini dengan hati yang terbuka, kerana walau apa-apa sekalipun undang-undang perlu dipatuhi demi memastikan negara berada dalam keadaan terkawal, teratur dan aman. BN tidak akan mengambil pendirian untuk memuji atau mengangkat martabat Mahkamah dan undang-undang hanya ketika ianya menyebelahi pihak BN dan menentang, mengherdik dan mengatakan ianya tidak adil apabila keputusan yang dibuat tidak menyebelahi BN. Bukan itu cara BN, kalau kita berpegang kepada suatu prinsip itu maka perlulah kita pegang ia dengan teguh dan tidak mempunyai sikap "Double standard" atau talam dua muka yakni hanya hendak menjerit mengenai prinsip kalau ianya menguntungkan.

Yang pastinya anda tidak perlulah risau,
saya yakin Penyokong BN di Perak tidak akan berbaring-baring di atas Jalan Raya dan menghalang laluintas dan menyusahkan orang ramai. Adun BN juga tidak akan melakukan drama atau cerekerama dalam dewan dengan merosakkan suasana dan tataetika DUN. Speaker BN akan tahu untuk memulangkan jubah hitam dan tidak perlu dipaksa keluar dari tempat duduk speaker. Dia tahu untuk bangun dan pergi apabila masanya sampai. Ketua BN Perak (yang kini menjadi ketua pembangkang) akan mengosongkan pejabat MB tanpa perlu banyak adengan drama swasta air mata air liur.

Walaupun kecewa kerana seolah-olah kata-kata Sultan Perak ini diperkotak-katikkan dan akan menjadi bahan kepada sesetengah pihak namun tindakan seterusnya akan diserahkan sepenuhnya kepada Tuanku Sultan. Sekiranya Tuanku bersetuju dengan cadangan Menteri Besar untuk membubarkan DUN maka BN tidak akan mohon derhaka.

Dari pandangan kasar rakyat rata-rata sudah bosan dengan adengan berpolitik yang berlebihan, apatah lagi pilihanraya di ketika ekonomi negara sedang dalam usaha untuk dipulihkan. Pilihanraya memakan masa, tenaga dan wang. Bukan sahaja Pihak kerajaan (SPR dan Polis) akan berbelanja besar tapi juga keduda-dua belah pihak yang bertanding (BN dan PR), ekonomi negara juga akan terjejas kerana menteri-menteri, ahli-ahli parlimen, menteri besar, exco negeri, wakil-wakil rakyat dan produktiviti berkerja akan menurun secara umum kerana terlalu kesibukan berpolitik.

Maka atas kesedaran di atas,
saya dan rakan-rakan berharap agar tindakan ini yang menamatkan krisis politik di Perak sekaligus ahli-ahli politik kita dapat menumpukan perhatian kepada pemulihan ekonomi negara dari sibuk berdrama politik yang tidak bersebab. Rakan-rakan dalam BN akan menerima keputusan akhir dengan hati yang terbuka.

"There is honour amongst thieves what more us."

-Pemuda UMNO Gombak-

6 comments:

  1. Bro, kes yang berpanjangan di Mahkamah tu tak membazirkan masa, wang dan tenaga ker?

    Bubar DUN, buat re-election, kes2 kat mahkamah tutup semua!

    Nampaknya ko masih tak faham pasal DOktrin Separation of Power. Baca balik buku sejarah tingkatan 4 bro. MB dan Speaker berada dalam 2 entiti berbeza ...

    Kesian ... itu pun tak paham ...

    ReplyDelete
  2. Saudara MR., saya pun tak paham sebenarnya. harap dapat terangkan dengan lebih teliti.

    1) kes kat mahkamah ngan bubar DUN, mana lebih membazir?
    2) Seperation of power? MB dan speaker 2 entiti berbeza?

    memang kesian. orang bodoh macam saya pun boleh masuk blog. kesian...

    ReplyDelete
  3. 1) a) Bubar DUN - habis duit. Tapi dapat mandat yg solid dari rakyat. Meminimakan pertikaian.

    b) Kes di mahkamah - masa, tenaga, duit terbazir. Pemerintahan kerajaan Perak tak effective. Tidak mendapat mandat yg solid. Sukar nak membuat keputusan dan dasar kerana pertiakaian yg ada. Kes mahkamah akan mengambil masa yang panjang. Mahkamah tinggi -> Mahkamah Rayuan - > Mahkamah Persekutuan. Pembangunan di PErak akan tergendala kerana kes2 dimahkamah akan mengambil masa yang amat panjang.

    Pilih la mana lagi baik?

    2) Doktrin Separation of Power - ada 3 badan yg terlibat.Legislatif, Eksekutif dan Kehakiman.

    a) MB - Ketua dalam badan Eksekutif. Badan Eksekutif adalah badan yang melaksanakan dasar. MB yang membuat keputusan dalam mana2 mesyuarat exco.
    b) Speaker - Ketua dalam badan Legislatif. Badan legislatif adalah badan yang menggubal undang-undang = Dewan Undangan Negeri. Di dalam DUN, bukan MB yang berkuasa sebaliknya Speaker. Speaker berkuasa penuh di atas keputusan yang dibuat di dalam DUN.

    Tanya pakcik google la brader kalo nak tau lagi! Tak pun tanya budak form 4 ...

    ReplyDelete
  4. Kepada Saudara MR.

    Terima kasih atas komen saudara tentang doktrin pengasingan kuasa dan menyentuh tentang perbezaan dari MB dan Speaker.

    Walaupun artikel saya langsung tidak kena mengena dengan Speaker atau mempersoal hak MB dan Speaker tapi tak mengapalah saya cuba melayan saudara ini.

    Biasanya dalam doktrin pengasingan kuasa terdapat 3 badan yakni Eksekutif, Legislatif (penggubal undang-undang) dan kehakiman.

    Eksekutif adalah badan yang mentabir negara dari Perdana menteri dan menteri kabinet atau dalam kes ini MB dan exco.

    Legislatif ialah dewan undangan negeri, nampaknya saudara seolah-olah lupa dan sengaja menyebut hanya speaker adalah legislatif. Legislatif adalah yang menggubal undang-undang dan meluluskan perbelanjaan negeri.

    akhir sekali kehakiman yakni mahkamah.

    Tapi dalam Malaysia ada lagi satu yang saudara lupa tambah, mungkin saudara boleh rujuk semula buku teks tingkatan 4 yakni Raja-raja melayu atau monarchy. Jangan lupa di negara kita sistem kerajaan kita ialah Raja Berpelembagaan iaitu Raja dan demokrasi.

    Berbalik kepada penulisan,
    kalau dari apa yang dibaca di atas (yakni yang ditulis oleh saya) kami menghormati keputusan mahkamah, yakni badan kehakiman. Walaupun kini BN menguasai badan legislatif namun atas dasar perbezaan kuasa BN menerima keputusan Mahkamah. Maka dari dasar itu BN menghormati (seperation of power) pengasingan kuasa dan tidak perlu menggunakan amuk dan drama.

    Kedua Speaker adalah ketua dalam Dewan Undangan Negeri yakni ketua dalam Legislatif betul. Tapi speaker dipilih dari suara majoriti ahjli DUN, maka atas dasar itu sekiranya speaker tidak mempunyai suara majoriti dalam DUN dia sudah tidak layak jadi speaker.

    Dan apabila MB campur tangan dalam mempertahankan speaker atas dasar kuasa MB walaupun speaker sudah tidak mendapat mandat majoriti ahli DUN maka itu tandanya MB selaku ketua eksekutif telah menceroboh hak legislatif dan melanggar doktrin pengasingan kuasa
    (sebagaimana Nizar lah). Sebab itu apabila Speaker sudah tidak mendapat suara majoriti tak guna samada MB sudah bertukar atau belum kerana bukan MB yang melantik speaker tapi DUN.

    Dan katakanlah mahkamah telah membuat keputusan tertentu kemudian pihak MB tidak bersetuju dan menjalankan protes dan drama dalam DUN dan negeri, bukankah itu juga melanggar prinsip pengasingan kuasa? Hanya kerana pihak eksekutif tidak bersetuju dengan pihak kehakiman tidak bermakna mereka berhak berbuat apa sahaja bukan.

    Saya rasa saya tak perlulah tanya budak tingkatan 4.

    Mereka masih muda,
    saya tak suka melibatkan budak-budak sekolah dalam politik (tak seperti sesetengah pihak) biarlah mereka belajar dulu.

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  6. (edit sket. sorry)

    lagipun... (still nak mencelah) kalau awal-awal masa 3 orang PR lompat parti, pastu Nizar lepaskan jawatan, bukankah kerajaan negeri Perak boleh terus sahaja berjalan? Nizar yang resort to mahkamah in the very first place. siapa yang start membazir masa, tenaga dan wang rakyat dulu? Zambery cuma nak start everything as soon as possible agar DUN Perak dapat berfungsi semula secepat mungkin.

    even tough mahkamah dah memutuskan Nizar still MB by technicality, dia still tak command majority of the dewan. bila masuk bersidang, confirm kena undi tak percaya. pastu, tukar MB lagi skali. nak bubar DUN? kena mintak consent Sultan. dah berapa lama DUN Perak tak menghasilkan apa-apa? berapa lama lagi nak tunggu sampai DUN boleh berfungsi semula? ingat Sultan nak bagi consent bubar DUN? confirm tak bagi punye.

    but wait!! kalau Sultan tak bagi, maka Nizar akan mohon derhaka sekali lagi. the whole process will repeat itself. end up, siapa yang rugi? Rakyat Perak. DUN tak jalan. and as usual PR (and it's supportes) akan salahkan BN...

    IMHO, the ONLY logical choice for the Sultan is to pilih semula MB baru dari kalangan majority power holder (which is of course Zambery) dan mengarahkan DUN bersidang A.S.A.P.. semuanya untuk mengelakkan pembaziran wang, masa dan tenaga.

    furthermore, kalau BN memerintah Perak, bukankah Perak akan ada access belanjawan yang lebih besar? tiada lagi alasan "kerajaan pusat tak luluskan perbelanjaan..." yang boleh dikeluarkan. LEBIH BANYAK PEMBANGUNAN boleh dijalankan... kan?

    tak payah tanya budak tingkatan 4. tanya je Nabil si Raja Lawak. jawapan cuma satu.

    LU PIKIRLA SENDIRI!

    ps: last skali tu gurau je. jangan marah beb. :P

    ReplyDelete