Monday, April 13, 2009

Sinatra_Z - Mengapa Mereka Merempit

Sekarang ini dengan keadaan yang dipenuhi dengan adengan cerekerama politik maka tumbuh macam cendawan pakar politik dalam dunia internet.

Jangan lupa pengkritik dan pakar analisis yang macam tahu semua benda dan orang lain semuanya salah.

Sedih sebab tidak ramai, termasuk ahli politik tanahair berminat untuk menulis atau membincangkan mengenai masaalah sosial dan kerakyatan dan sibuk dengan benda lain. Jadi malam ini hendak disentuh mengenai Mat Rempit.

Sering kita lihat golongan remaja liar menaiki motor mencelah-celah dan sungguh berani seolah-olah mereka sedang bawa kereta kebal atau jengkaut sampai lori pun mereka berani cabar. Tidak kah mereka ini sedar bahawa walau macam mana sekalipun, biarpun samaada pihak sana yang salah atau mereka yang salah, walaupun kancil sekalipun yang dilanggar bahawa sa nya kesimpulan ialah mereka yang sakit. Kerana walau salah mana sekalipun lori tanah itu kalau berlanggar dengan motorsikal insyaallah lori tanah itu menang melainkan kesaktian berlaku seperti lori itu dipanah kilat dan meletup. Itu pun penunggang motorsikal akan tidak berasa seronok dan sakit akibat dari kesan letupan lori tanah berkenaan.
Tapi golongan muda remaja ini tidak peduli, mereka berani dan hebat dalam melakukan aksi-aksi sarkis di jalanan.

Malah sering juga kita memaki hamun dan marah kepada golongan ini. Kita menulis kepada surat khabar, kita kutuk dalam blog malah kita berbincang dengan penuh hangat tentang ketidak puas hatian kita terhadap mat rempit ini. Tapi kita jarang sekali memikirkan kenapa mereka merempit setiap hujung minggu? Apa takde kerja lain ke nak dibuat?

Itu yang menjadi persoalan utama sebenarnya, kenapa mereka ini merempit?

Pertama sekali kita perlu lihat siapakah atau dari golongan manakah yang banyak menjadi Mat Rempit ini. Perkara pertama yang timbul dalam minda kita ialah Melayu, bukan saya cuba melihat dari sudut perkauman tapi buat masa ini kita terima sahaja dahulu, ianya ada kena mengena dengan budaya dan bagaimana ianya mempengaruhi mereka.Walaupun saya sendiri pernah melihat Remaja Cina dan India merempit di JB.

Yang pastinya Mat Rempit ini adalah golongan yang menunggang motor (THANK YOU CAPTAIN OBVIOUS!!!) tapi nanti... bukan semua penunggang motor yang merempit tapi golongan tertentu sahaja. Mat Rempit biasanya hanya mempunyai Motorsikal sahaja sebagai kenderaan pengangkutan mereka ke sana ke mari. Cukup susah kita nak lihat mat rempit yang simpan kereta di rumah dan merempit di Dataran Merdeka pada hujung minggu. Takde. Kedua hampir kesemua mereka muda. Jadi dari sini dapat kita lihat kebanyakan mereka datang dari samada golongan yang mempunyai pendapatan rendah samada berkeja dengan gaji kecil atau golongan pelajar.

Baik cuba bayangkan sekarang, anda seorang pemuda yang kini sedang berkerja di contoh rangkaian kedai 24 jam 11-7 (bukan nama sebenar) dengan gaji lebih kurang RM 750 hingga 850 di Kuala Lumpur. Ini bukan senario yang pelik kerana kalau anda berkerja di mana-mana restoran makanan segera atau pasaraya besar menjawat jawatan seperti juruwang, kerani kedai, budak penghantar dan sebagainya gaji anda dalam kawasan sedemikian. Baik kini anda bergaji RM 850, bujang dan muda. Anda perlu tolak RM 200 setiap bulan untuk membayar motor kerana suka atau tidak anda memerlukan kenderaan ke tempat kerja. Kemudian anda tolak RM 100 untuk rumah sewa, RM 100 untuk Pra Bayar telefon bimbit anda dan RM 250 untuk makan minum anda sepanjang bulan. Anda kini hanya tinggal dalam lebih kurang RM 200. RM 200 inilah yang anda boleh gunakan untuk belanja sepanjang bulan. Kalau awal bulan anda beli kasut Nike atau Boot Adidas maka alamatnya tak ada peluang anda nak tengok wayang. Inilah yang anda dapat pada awal anda berkerja sekiranya anda hanya mempunyai SPM.

Katalah anda kerja kilang pulak, contohnya anda adalah seorang juruteknik (Technician) elektronik bergaji RM 1200. Campur elaun masa lebih (Overtime) nasib-nasib anda dapat RM 1400 ke RM 1500 sebulan. Nak jadi juruteknik mesti ada diploma. Sekarang kita kira RM 1500 - Motor 300 (Motor elok sikit la), Sewa Rumah + Air + Eletrik (RM 250), Makan Minum (RM 300) makan sedap sikit laa, Pra Bayar main SMS dengan Awek (RM 200), Minyak naik turun tempat kerja sebab kilang jauh (RM 100). Baki anda dalam lebih kurang RM 350 ke RM 500 kalau anda pandai berjimat. RM 500, sebulan, itu yang kerja bagus tu ada diploma dan kepakaran, itu pun yang berjimat habis. Katalah nak beli kasut baru ke, baju baru ke, bawak Awek pergi bercengkerama di Zoo Negara. Tolak lagi.

Jadi bayangkan, kalau nak main Futsal satu jam dalam lebih kurang RM 120-160 satu malam main 10 orang. RM 12-16 satu kali pergi, campur minum teh lepas main, 100 plus dan lain-lain dalam lebih kurang RM 20. Semestinya anda mampu walaupun anda berkerja di pasaraya. Tapi anda tak mampu nak main Futsal tiap-tiap minggu berkali-kali betul tak? Sebulan 4 kali tu dah kira banya lah kiranya anda main setiap minggu. Dan Futsal pada harga itu adalah pada malam hari berkerja. Nak tengok Wayang sekali pergi RM 10, nak pergi sorang tak seronok, nak beli bertih jagung, air coke lepas tu nak taja gadis lagi. Paling kurang pun RM 20, mampu untuk pergi tapi bukan tiap minggu betul? Karaoke? Hujung minggu mahal.

Jadi bayangkan anda seorang pemuda, darah panas merah dan berkobar tidak mempunyai banyak duit belanja tapi hendak buat sesuatu yang seronok pada hujung minggu? Rempit lah jawapan. Anda sudah ada motor, kemudian satu minyak tangki penuh hanya dalam RM 3 ke RM 5 sepanjang malam anda boleh berseronok, merasa seronok laju menunggang motor dan melepak dengan kawan kawan. Silap-silap kalau anda cukup hebat dapat satu awek, boleh jalan-jalan hujung minggu dalam Kuala Lumpur, motor dah memang ada. Di Kuala Lumpur ni dengan hanya RM 5 nak dapat seronok sepanjang malam mana nak cari?

Habis tu macamana pulak ahli-ahli rempit yang bukan berada di kawasan bandar? Macam di Felda, Batu pahat ataupun Benut? Di Felda contohnya, baik kos sara hidup rendah. Tapi dekat Felda apa ada? Ada monyet, kelapa sawit dengan Jalanraya ada Tar. Takkan tiap-tiap minggu nak memancing, ikan pun dah menyampah, mana ada Futsal ke, karaoke ke malah gelanggan badminton pun susah nak cari dekat Felda. Jadi tu dia, bila bosan dan salah kawan tu yang minum daun ketum lumba motor. Nak dapat Ganja pun susah sampai kena minum daun ketum.

Mereka ini muda dan mempunyai banyak tenaga berlebihan. Tapi akibat dari tekanan ekonomi dan persekitaran ramai yang terjebak ke dalam bidang ini, mereka kurang mempunyai alternatif lain jadi apabila dipengaruhi rakan sebaya maka mudah mereka terjebak. Sebab itu kita tak nampak golongan professional muda atau mereka yang mempunyai pendapatan yang agak tinggi sedikit (atau ada kereta) tidak merempit. Mereka mampu untuk main futsal, tennis, berenang, karaoke, pergi kelab malam (itu genjala jugak tu), tengok wayang, main muzik, tengok kugiran muzik, membeli belah, melepak di tempat meriah dan macam-macam lagi.

Karaoke Jamban.
Sebab itu dari pengamatan saya (yang sangat terhad ini) karaoke jamban memainkan peranan penting dalam mengurangkan aktiviti merempit. Mat rempit dan Minah rempit ni sebenarnya suka menyanyi, malah secara umunya rakyat malaysia memang suka menyanyi. Tak percaya cuba dengan stesen radio Sinar FM jam sebelas malam ke atas bersama Jamal Jamaluddin dan kuasa cinta ganda 23 beliau itu. Diorang ni jiwang beb, tahap karat punya. Karaoke Jamban boleh muat 2 ke 3 orang. Satu lagu seringgit je. Mampulah nak melepaskan geram sambil mendendangkan lagu-lagu dari kumpulan scoin, spin, spoon, ekamatra, budak kacamata dan sebagainya. Sorang belanja RM 10 masuk 3 orang 30 lagu. Satu lagu 4 ke 5 minit. Tak campur masa nak pilih, tengok lagu dan sebagainya. Tahu-tahu masuk pukul 11 malam keluar dah dekat 2 pagi, dah mengantuk cukup kuota lepas tenaga hujung minggu.

Dari Penaakulan saya,
Nampaknya budaya Rempit ini timbul dari beberapa faktor tertentu dan yang paling utamanya ialah ekonomi. Samaada kita sebagai masyarakat, ye masyarakat dan bukan kerajaan sahaja. Kita ni di Malaysia semua harap kerajaan buat, mintak kerajaan buat ini buat itu kemudian maki kerajaan. Bila suruh kita buat malas. Kita perlu samaada meningkatkan kualiti hidup rakyat secara umum (kos kehidupan rendah dan pendapatan meningkat) yang mana menjadi matlamat utama kerajaan. Ataupun menyediakan alternatif untuk tempat belia melepaskan tenaga berlebihan mereka ke saluran yang lebih baik. Menyediakan alternatif yang seronok, sihat dan yang paling penting sekali kos yang tidak tinggi. Takkan kita nak suruh Rempit main golf, aku pun tak mampu nak main golf. Contoh gelanggan futsal awam, kugiran terbuka (ini asyik nak konkong, marah pengaruh yahudi nak mengamuk kemudian jerit takbir).

Inilah ustat-ustat kita ni, marah pandai, mengutuk pandai bila mintak pengyelesaian senyap sunyi sepi. Berpolitik bukan main pandai lagi. Marah budak tak pergi masjid, kalau nak budak dekat dengan masjib buatlah gelanggang badminton dekat masjid, anjuran aktiviti belia dan sebagainya. Ini bila budak main dekat masjid marah.

Tak habis-habis ceramah-ceramah-ceramah.

Menyampah.

Kalau kelakar macam Akhil Hayy Takpe jugak.

Takpe itu lain kali aku simpan.


Ah Sudahlah!


P/S

Ada sorang lebai tengah duduk terkejut dengar bunyi nyaring ekzos motor yang kuat....

Preeeeeeeeeeeeeeennnnnnnnnggggggggggg........ Lebai Jawab - Astaghfirullah

PPPPPPPrrrrrrrrrreeeeeeeenNNNNNngggggg....... Lebai Jawab - Masyaallah

PRREEENNNG PREEENNGGG PREEENNGG...... Lebai Jawab - Subhanallah

PREEEEENGGGGGGG HEEEEEEEKKKKKK..... KEDEBOM....... - Lebai Jawab - Alhamdulillah

Aku pun memang cukup menyampah dengan bunyi nyaring ekzos RXZ tuh, rasa macam nak tekan minyak kuat-kuat letak kat telinga budak bodoh tu!

5 comments:

  1. cun. sangat cemerlang explaination yang diberikan.

    rakan muda ada anjurkan aktiviti-aktiviti untuk 'remaja', tapi kebanyakannya (kalau bukan semuanya) mahal. paintball, skateboard, rollerblade, wall climbing, jungle trekking, go-kart dan sebagainya memerlukan belanja yang besar untuk beli equipment dia. tak ramai yang mampu, menjuruskan kepada tak ramai yang minat. x-games untuk remaja yang cuba dipromosi hancus sebab kebanyakan remaja adalah golongan miskin-taro di malaysia. yang ada join pun, mak-bapak dia kaya. ataupun minat yang mendalam, menjadikan duit tu tak jadi masalah. boleh cari. (aku? minat yang mendalam terhadap manga-manga jepun sehingga duit gaji bulan-bulan habis untuk kumpul komik. sampai mak aku suruh jadikan komik sebagai hantaran bila nak kahwin.)

    kegiatan hujung minggu yang murah? futsal/badminton (sebab boleh tong-tong reramai), jamming (tapi tak ramai yang boleh bermain muzik), melepak/karaoke jamban (pun dianggap sebagai gejala) dan ... er... ntah. tak tau apa lagi aktiviti yang murah (most bang for the buck) untuk remaja skang nih.

    maka, remaja pun merempit. malah, kalau rempit kuat-kuat, silap haribulan umno taja pergi ke kutub utara. brrrr....

    ReplyDelete
  2. Hantaran aku nak set original DVD haibane Renmei, Serial Experimental Lain dengan Niea Under 7.

    Lepas tu aku nak SET DVD Original Studio Ghibli.

    Lepas tu aku nak honeymoon kat Akihabara.


    OOOOOOOO

    ReplyDelete
  3. mang aih. ni bukan nak kahwin nih. ni jadikan kahwin sebagai alasan ushar awek jepun. pergh...

    ReplyDelete
  4. zaidel, ko nye comment apsal kaler itam? susah baca? Lordapes ni aku kenal tak?

    ReplyDelete