Sunday, December 6, 2009

Supposed to write a story tonight but I'm drop dead tired, just finished work you see. Anyway will be in Tawau till 18th of December, extended as something came up.

Thankfully I moved into a better hotel thus having access to good internet so I will have some form of a social life now ( as half of my social life is from the internet).

Anyway will be posting more pictures in Facebook,
Till then....


If you were to drop by to Tawau anytime soon, there's an empty seat waiting for you. Nice view.

Friday, December 4, 2009

kronisme

dulu kalau ahli politik dari BN bagi kawan2 peluang kerja atau projek
dikatakan kronisme ...

tp yg peliknya bila nik aziz bg menantu jawatan CEO ....
kenapa tiada suara2 sumbang mengatakan kata2 seperti yg dilemparkan pada
ahli UMNO a.k.a BN...

apa ni ....
pilih kasih betul la ...
apa yg UMNO buat semua salah...
tp kalau PR buat semua betul ...
hebat sgt ker pemimpin PR ni ...
hebat sgt ker pemimpin yg suka pijak gambar org ...

Friday, September 25, 2009

selamat hari raya

assalamualaikum ....

selamat hari raya aidilfitri .........
maaf zahir dan batin ......
kalau ada termakan atau terminum minta dihalalkan....

kalau boleh teruskan la dgn puasa 6 lagi bagus

Thursday, September 10, 2009

sapa yang suka buat kecoh

baru2 ni seorg ahli parlimen selangor dari PR kata UMNO la punca kekecohan
di negeri selangor ....

tp sedar tak sapa yg mulakan dulu .....
kalau bukan dari parti anda ............

sekarang mari kita ibas serba sedikit sorotan kekecohan sebelum2 ni ....

peralihan kuasa negeri perak ....
sapa yang buat kecoh sampai baring di tgh jalan ....?

kerajaan 16 sept......
siapa yg cuba menghuru harakan suasana politik negara
sampai terkejar2 dan sampai nak menyembah semua ahli parlimen sampai ke taiwan ....

kampung buah pala ....
sapa yg tabur janji2 manis ... tp bila dah dpt madu lari tinggalkan lebah (apa punya peribahasa ni)
ini ke pemimpin yg bertanggungjawab?????

pikir2kan la jgn cakap ikut sedap mulut ....
biarla ada fakta dan bukti baru sembur ...

Tuesday, August 18, 2009

Nik aziz oh Nik Aziz

Nik Aziz a.k.a. Tok Guru a.k.a. Dato Nik........

sapa dia Nik Aziz ...
adakah dia TUHAN ..???
adakah dia NABI utusan ALLAH ...???
adakah dia MALAIKAT ...????

dengan sesuka hatinya mengatakan bahawa ahli dan penyokong UMNO akan Masuk neraka ,,,
kalau ahli PAS masuk syurga .....

dia sapa nak tentukan hak ALLAH ......

kalau dia kata ahli dan penyokong PAS yg akan masuk syurga ,,,,
macam mana pulak dengan seluruh umat islam di luar negara ,,,,
mereka bukan nya ahli PAS ... apatah lagi penyokong PAS ....

Parti PAS sendiri pun mereka tak tahu .......
Macam mana pulak dengan para2 SAHABAT dan para FISABILILLAH .....
ada dikalangan mereka yang mati syahid .....
setahu saya kalau sesiapa yang mati syahid dlm menegakkan syiar islam akan dijanjikan
SYURGA sebagai balasan oleh ALLAH ....
tapi malang nya mereka ini terkorban sebelum parti PAS ditubuhkan ....
macam mana mereka nak jadi ahli atau pun nak menyokong PAS ....

adakah mereka yg SYAHID ini pun akan masuk neraka jugak wahai nik aziz .......
igt la Nik AZIZ .... anda bukan nya nabi ... malaikat ... atau pun Tuhan ........
jgn sesuka hati mengatakan sapa yg layak dan sapa yg x layak .....

anda sendiri pun belum tentu layak masuk ke syurga ... ni kan pulak nak kata orang .....
wahai penyokong PAS am nya atau NIK AZIZ Khasnya ....
kalau betul la sokong PAS masuk Syurga ....

apa gunanya kalian semua taat pada agama islam .....
kalau camtu baik pergi buat dosa ... minum arak .... berjudi ....
lepas tu time pilihan raya pangkah PAS ... gerenti masuk syurga ....
itu kalau korang semua ikut slogan PAS la ....

kalau betul cam2 ... buat apa rasullulah S.A.W pergi menghadap yang maha agong (ALLAH)
dalam pristiwa ISRAK MIKRAJ ......
untuk mendapatkan perintah sembahyang 5 kali satu hari kalau itupun xcukup nak masuk syurga ...
sebabnya x pangkah PAS ....
adakah Nabi S.A.W. masa menyebarkan islam ada menyebut pangkah PAS gerenti masuk syurga ....????

tepuk dada ... tanya selera .... fikir2kan lah .....
jgn ikut kata hati .... nanti mati .....
bertindak ikut akal dan fikiran .....

kepada Nik Aziz .....
tolong jgn biarkan umat islam terjerumus ke lembah SYIRIK ....
kerana cara dan komen anda lebih menjuruskan kearah SYIRIK ...
anda tahu tak maksud SYIRIK ....
SYIRIK maksudnya menduakan ALLAH ....
cara anda seperti cuba bertindak seperti tuhan ....
ini bermakna sesiapa yg sokong kenyataan anda agaknya dalam x sedar ...
tekah Menduakan ALLAH .... nauzubillah .....

Wednesday, July 15, 2009

manek urai

keputusan telah diputuskan .....

seperti yang diketahui .... PAS memang lagi .....
dengan majoriti yg lebih "BESAR" ? (BESAR KER)

percaya la wahai umat malaysia ....
bahawa sokongan BN sudah menampakkan kemajuan ...
dengan majoriti yg lebih kecil stakat 65 undi ...
apa sgt la yg PAS boleh buktikan ... banggakan ....

sedar2 lah wahai penyokong PAKATAN RAKYAT ...
Angin perubahan yang diinginkan sekarang ini ...
lihat saja la dengan keputusan semalam ....

apa lagi tok guru .... kalau dulu bukan main hentam lagi kerajaan pusat ...
sekarang ini ... rakyat pula memberi mesej pada anda ..... paham2 sendiri la

biar lah UMNO kalah sekali pun ... tapi kalah UMNO kalah yg bermaruah ...
UMNO kalah dengan penuh bermakna .... rakyat sudah muak ...
Muak ... Muak .... Muak ... dengan permainan politik anda .....

fikir2 kan lah ... AYUH UMNO ... AYUH BN ...
teruskan perjuangan yang belum selesai .......

Monday, June 8, 2009

Sinatra_Z - Muzakarah

Baru-baru ini sibuk tentang cakap-cakap tentang Muzakarah antara UMNO dan PAS malah sampai menjadi perbualan hangat di Muktamar PAS. Husam Musa yang sememangnya membantah Muzakarah UMNO-PAS dan lebih cenderung kepada Muzakarah dengan Khalifah Umar Abdul Aziz telah kecundang di tangan Nasharuddin Mat Isa. Bagi saya baguslah kalau ada Muzakarah antara UMNO dan PAS dua parti terbesar di Malaysia, lagipun Muzakarah tidak bererti bergabung atau ke tahap kerjasama. Muzakarah bererti perbincangan, sebab itulah parti-parti komponen BN tidak begitu goyah akan tetapi geli hati pula melihat gelagat pemimpin PKR yang gelisah tak tentu arah.

Tapi satu perkara sahaja yang saya ingin tekankan di sini ialah,
memang bagus kita bermuzakarah dengan PAS akan tetapi bukankah baik juga sekiranya kita bermuzakarah antara kita. Terus terang saya katakan masih terdapat kesan perpecahan di antara Pemuda UMNO sendiri. Saya tidak nampak pada sayap lain tapi Pemuda UMNO memang agak ketara.

Setelah tamat pertandingan tiga penjuru Pemuda nampaknya masih berpecah belah mengikut kem masing-masing. Pergaduhan sesama sendiri masih belum lenyap dan saya lihat ralat pihak tertentu untuk menyokong atau menghadiri aktiviti pemuda tertentu kerana ianya dianjurkan oleh Setiakawan, Pemuda Berani atau Berani Berubah.

Sebenarnya Pemuda UMNO mempunyai para pemimpin yang bukan calang-calang orang. Lihatlah calon yang bertanding ketua Pemuda Tempoh hari semuanya merupakan pemimpin yang masing-masing mempunyai kelebihan tersendiri.

Mukhriz Mahathir adalah seorang pemimpin yang agak popular di kalangan pemuda (mendapat pencalonan tertinggi) dan dilihat sebagai seorang Pemimpin yang mesra dengan akar umbi. Dr Khir Toyo pula merupakan seorang pejuang yang tegus dalam mempertahankan prinsip dan pejuangan UMNO dan berjaya mendapat semula sokongan dari banyak pihak di Selangor.Khairy Jamaluddin pula adalah seorang pemimpin yang bukan calang-calang yang mana dia berjaya menundukan ayam tambatan PAS, Husam Musa di Kota Bahru, di hadapan ribuan penyokong kuat Husam Sendiri dalam Forum Anjuran Husam Musa dan tajuk dipilih oleh Husam juga. Dengan hujah-hujah dan kepakaran debat KJ berjaya memalukan Husam di kubu kuatnya sendiri.

Jadi kalau kita dapat mengembeling tenaga ketiga-tiga pemimpin ini bukankah ianya akan membuatkan Pemuda lebih kuat dan bersatu.

Kami di Gombak telah mencalonkan Mukhriz Mahathir untuk ketua Pemuda UMNO, Mukhriz menang tipis berbanding Khir Toyo. Akan tetapi kami berpegang kepada prinsip Parti dahulu sebelum individu. Sebab itu apabila Khairy Jamaluddin turun ke UIA Gombak Pemuda turut serta memberi sokongan. Tak kisahlah siapa yang kami mengundi dahulu, yang penting sekarang KJ adalah ketua Pemuda dan kami sebagai pemuda akan berkerja dengan ketua yang telah dipilih oleh perwakilan. Parti dan perjuangan didahulukan.

Lagipun dapat kita lihat dalam UMNO yang menang tak menang semua, yang kalah tak kalah semua. Saya rasa bahagian ini tidak perlulah saya terangkan dengan lebih lanjut.

Bagi saya isu persaingan sudah tidak lagi timbul. Ini kerana Mukhriz dan Khir Toyo sudah melangkaui umur pemuda untuk pemilihan akan datang, jadi tidak wujud isu pertandingan antara mereka bertiga.

Pemimpin perlu berhati besar, itu yang utama. Mesti berani hadapi kritikan dan merapatkan kembali barisan. Janganlah kita hanya selesa di kalangan penyokong, pemimpin perlu berani menghadapi bertemu dengan akar umbi dan ahli parti.

Maka atas sebab yang dinyatakan diatas saya mencadangkan agar kita mengadakan Muzakarah atau Kongress antara Pemuda UMNO yang melibatkan 3 pemimpin yang telah disebutkan tadi. Kongress atau Muzakarah yang akan merapatkan kembali barisan Pemuda kita. Biar kita berbincang, meluahkan pendapat, pandangan dan berdebat sesama kita. Sudah tiba masa Pemuda perlu Berani, Berubah dan mengembling semangat Setiakawan.

Saya cadangkan kita menjemput ketiga-tiga pemimpin diatas dan masing-masing boleh memberi pidato berasingan di atas satu platform yang sama. Setiap pemimpin boleh memilih tajuk yang mereka rasakan sesuai dan dapat membantu dalam memperkukuhkan parti.

Dengan ini kita mengelakkan dari perdebatan yang berpecah dan menumpukan kepada apa yang dapat sama-sama kita kongsi bersama. Setiap pemimpin boleh menyumbang kepada parti.

Saya yakin kawan-kawan dari Gombak akan berbesar hati untuk menjadi tuan rumah untuk kongress ini sebagai satu tempat yang mana Pemuda boleh kembali muzakarah dan mencari kata sepakat. Janganlah ralat untuk menerima pemimpin tertentu kerana kesetiaan kita terhadap individu lain. Yang menang bukan menang semua yang kalah bukan kalah semua. Kita sudah tiada masa untuk bergaduh dengan sesama sendiri lagi.

Bukankah dalam lagu UMNO ada dikatakan

Bersatu kita bersatu,
dengan setia berganding bahu,
jiwa teguh berpadu,
kita rumpun melayu,
bersama kita bersama,
mendukung hasrat SEMUA,
Berjasa pada bangsa, agama dan negara.

Oleh itu saya lontarkan pendapat peribadi ini kepada rakan-rakan di luar sana dan meminta maklum balas dari anda semua. Kita boleh berbincang mengenai format Kongress dan bagaimana hendak mengendalikan dan sebagainya. Sekiranya ada di antara rakan-rakan yang boleh menghubungi Pemimpin-pemimpin tertentu lagi bagus sekiranya buah fikiran Muzakarah ini boleh dicadangkan kepada mereka.

Saya fikir yang sudah itu sudahlah.
Perjuangan dan Parti mesti diutamakan.

Anggaplah perasaan dan sentimen peribadi sebagai satu pengorbanan untuk Parti kerana ada lagi perkara yang lebih penting.

Apa Yang Penting?

KERJASAMA!!

Amacam kawan-kawan? Ada berani?